Celaru
Isnin, 26 Januari 2015 | 3:24 PTG | 0comments
Bosankah aku ketika bersamamu? Tidak.
Aku tetap merasakan perasaan sayang padamu.
Namun, ketika ini ada orang lain yang sedang memerhatikanku.
Aku mula merasakan kedinginan yang tersudut di jantungmu.
Adakah aku mula melupakanmu? Tidak.
Aku tetapkan pendirian untuk setia di sampingmu.
Namun, ketika ini orang itu cuba memberitahuku sesuatu.
Tika ini, dia sedang melayan kubagaikan puteri raja.
Sedangkan kamu tetap memanjakan perempuan kamu cintai.
Pernahku bertanya pada dirimu,
"Adakah kau masih bersamaku?."
Dirimu cuma membisu. Sepi tanpa kata.
Adakah aku masih menyayangimu? Ya.
Orang itu... Telah meluahkan kalimah cinta untuk memilikiku.
"Maaf, kau tersilap orang."
Jawapanku adalah TIDAK kerana aku akan tetap setia disisimu sepanjang hayatku.
Label: SY, SYTulis. Puisi





© SY. 2015.
0 Ulasan:
Catat Ulasan