Salahkah Aku?
Isnin, 26 Januari 2015 | 3:00 PTG | 0comments
Selalu kumerenung foto wajahmu yang kuambil curi-curi tika kau leka. Aku hiasinya dengan membingkaikannya dengan bingkai gambar yang comel. Adakah dirimu tahu kumenyimpan rahsia hatiku padamu?
Salahkah aku?
Selalu kumelihatmu tika kau berada jauh dariku. Andainya kita dapat bersama, akan kumenatap wajahmu sepuasnya tika kau berada dihadapanku.
Salahkah aku?
Selalu kuterserempak denganmu dan kau mengukirkan senyuman manis buatku. Aku terbayang kita akan jalan seiringan bersama sambil berbual mesra.
Salahkah aku?
Selalu kududuk termenung di satu tempat yang sangat sunyi di cuping telingaku walaupun tika itu aku berada di sebuah kedai Mamak yang riuh-rendah sentiasa didatangi pelanggan.
Tersentak.
Dia memandangku dengan seraut roman yang manis.
Aku terkedu!
Label: SY, SYTulis. Puisi





© SY. 2015.
0 Ulasan:
Catat Ulasan