Kau Cintaku
Isnin, 26 Januari 2015 | 4:14 PTG | 0comments
Sudah bertahun kita terpisah. Aku selalu terkenangkan memori indah kita bersama sehingga saat-saat pahit kita bersama.
Kuharungi hidup yang kelam ini tanpa belaian kasihmu. Tanpa harapan darimu.
Sesungguhnya, aku rindukan kehangatan jari-jemarimu mengelus lembut rambutku. Tika kau mengusap tanganku, kau ucapkan,
"Kau cintaku...,"
dengan sepenuh perasaan sambil menatap mataku. Terasa kehangatan mengalir di pipi. Aku terus menggenggam erat tanganmu.
Aku ingat lagi detik terakhir kita bertemu. Kau mengajakku menemanimu sepanjang cuti panjang ini di negara matahari terbit. Tika itu juga, kelopak-kelopak sakura mula luruh menanti musim bunga tiba meninggalkan musim sejuk di negara ini.
Kita duduk bersandar di pepohon sakura. Aku sedang ralit menggosokkan kedua-dua tapak tanganmu. Kepalamu rebah di bahu kiriku. Dengan suara yang gemersik, kau ucapkan,
"Kau cintaku...,"
saat nafasmu terhenti. Aku sebak. Terus memeluk tubuhmu. Bercucuran air mata tumpah tanpa inginkan kau pergi membasahi salji yang kian mencair.
Label: SY, SYTulis. Puisi





© SY. 2015.
0 Ulasan:
Catat Ulasan