Pengenalan
Isnin, 26 Januari 2015 | 6:27 PTG | 0comments
Assalam dan selamat sejahtera!
Nama saya SY [SYTulis]. Tujuan saya buat blog ini hanyalah untuk mencari pembaca-pembaca yang sudi memberi kritikan yang membina (puji pun boleh!) dan sebarang cadangan untuk hasil karya saya. Jenis-jenis karya yang mungkin dimuatkan dalam blog ini seperti puisi, cerpen dan novel.
Biasanya genre yang saya tulis adalah mengenai cinta tetapi saya rasa kadang-kadang mungkin terlalu melampau sangat. Saya harap saya boleh tonjolkan sedikit unsur-unsur keagamaan dalam karya saya. Nanti, saya beritahu kalian sama ada karya yang saya tulis adalah karya lama ataupun tidak sebab banyak agaknya karya yang terlampau asyik. Harapan saya kalian bolehlah beri sumbangan idea untuk karya-karya tersebut dan bagaimana saya boleh mengubahsuai semula.
Salah satu sebab lain saya bina blog ini adalah sejak kebelakangan ini banyak kerosakan berlaku di komputer riba yang saya gunakan. External hard disk pun sama! Jadi, saya buat pilihan untuk kompilasikan karya-karya saya dalam satu blog. Seterusnya, saya teruja juga ingin mencuba genre-genre lain seperti paranormal, seram dan sebagainya. Gaya penulisan saya? Kalau tak silap, saya ada dua gaya penulisan yang bagai langit dengan bumi! Gaya yang bagaimana? Lebih bagus para pembaca tahu sendiri!
Selamat membaca!
P/S: Harapnya tiadalah orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan meniru atau menciplak karya-karya saya! Saya yakin sangat kalian semua merupakan orang yang tinggi moralnya!
Label: SY, SYTulis. Puisi





© SY. 2015.
0 Ulasan:
Catat Ulasan